Laporan Audit Dapati Pusat Khidmat ADUN Alur Limbat Buat Tuntutan Palsu

Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat didapat membuat tuntutan palsu berjumlah RM19,000 kepada Pejabat Daerah Kuala Terengganu, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2. 

Laporan itu memberitahu, bayaran berjumlah RM19,000 telah dibayar kepada Pusat Khidmat ADUN Alur Limbat kerana mendahulukan bayaran bagi membekal 60 helai baju korporat dan 50 pasang baju Melayu. 

Dedah laporan itu, kakitangan Pusat Khidmat ADUN Alur Limbat telah menipu siasatan Jabatan Audit Negara pada 21 Januari 2020 dengan mendakwa bayaran penuh telah dibuat oleh pusat khidmat itu kepada sebuah kedai pakaian pada 10 November 2019. 

“Pihak Audit telah membuat semakan silang untuk mendapatkan pengesahan daripada pemilik kedai pakaian pada hari yang sama. Pemilik kedai pakaian memaklumkan bahawa kesemua pakaian yang ditempah belum dijahit kerana proses mengambil saiz ukuran baju masih belum dibuat. 

“Selain itu, pemilik kedai juga mengesahkan masih belum menerima sebarang bayaran daripada Pusat Khidmat ADUN Alur Limbat,” menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 15 November 2021.

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post