PAS Tiada Kekuatan Untuk Sokong Bersatu Tawan Melaka, Kata Razali

Bersatu tidak mempunyai sokongan parti-parti komponen yang kuat bagi membolehkan gabungan itu dalam Perikatan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini. 

Pengerusi Bersatu Terengganu, YB Senator Dato' Razali Idris berkata, PAS tiada kekuatan di Melaka untuk menyokong Bersatu dalam bagi menghadapi Barisan Nasional dalam pilihan raya itu. 

"Melaka di kubu kuat UMNO sendiri dan PAS pula tiada kekuatan untuk menyokong Bersatu," katanya menerusi catatan di facebook Razali Idris hari ini. 

Razali berkata, fakta baru telah menunjukkan bahawa di PRN Melaka, seramai 41.2% pengundi Melayu telah berhijrah ke Perikatan Nasional. 

"Ramai orang Melayu di Melaka dan juga di Semenanjung sudah bersedia berhijrah ke sebuah parti Melayu alternatif selain UMNO," katanya.



Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post