Presiden PAS Percaya Pengerusi Yayasan MyAQSA Adalah Agen UMNO, Kata Khairuddin

Presiden PAS, YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mempercayai bahawa Pengerusi yang juga pengasas Yayasan MyAQSA, Suwardi Yaakob adalah agen UMNO yang bertujuan untuk memecah belahkan kepimpinan tertinggi PAS.

Dalam rakaman audio yang tular di media sosial baru-baru ini, Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali berkata, Abdul Hadi pernah memberi amaran kepada beliau tentang hubungannya dengan Suwardi.

Namun, Khairuddin berbeza pendapat dengan Abdul Hadi dan menafikan dakwaan bahawa Suwardi yang juga bekas peguam adalah seorang agen UMNO.

Untuk rekod, Suwardi pernah menjadi calon PAS pada Pilihan Raya Umum ke-11 di DUN Mata Ayer, Perlis dan tewas kepada calon BN, Ishak Arshad dengan majoriti 664 undi.

“Dia (Abdul Hadi) warning (amaran) ana (saya). Anta (kamu) kenal Suwardi? Ana kata, kenal lah. Sam (Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) yang perkenal ana dengan Suwardi.

“Tapi, anta dengan dia macam mana? Dia terlibat dengan sawit, dia orang bisnes. Bila ana jadi menteri, dia ada banyak projek sawit. Itu yang duk berlikung dengan ana sebab sawit.

“Kalau sawit, tak apa lah. Suwardi tu apa tu agen UMNO,” luah Khairuddin dengan merujuk perbualan beliau dengan Abdul Hadi dalam rakaman itu.

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post