Setiausaha Politik Buat Laporan Polis, Nafi Tiga Dakwaan Terhadap MB Terengganu

Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid telah membuat satu laporan polis berhubung kandungan laporan berita yang disiarkan Malaysia Dateline

Portal itu dalam laporan bertajuk ‘MB Terengganu Tergugat, Borang Akujanji Kini Tersebar’ adalah bersifat fitnah dan berniat jahat terhadap Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. 

Muhyiddin yang juga Setiausaha PAS negeri membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira pukul 4.00 petang hari ini. 

Menerusi laporan itu, Muhyiddin menafikan tiga perkara iaitu: 

(1) Menteri Besar telah hilang sokongan ADUN-ADUN daripada PAS di Terengganu. 

(2) Menteri Besar tidak mengurus dan mentadbir negeri dengan baik. 

(3) Ada usaha-usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar daripada seorang Ahli Parlimen daripada PAS. 

Namun, tiada penafian daripada Muhyiddin mengenai dakwaan wujud masalah yang serius antara Menteri Besar dan Istana Terengganu.

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post