Perlantikan Dr Mutia Tiada Justifikasi, Wujud ‘Conflict of Interest’ Kepada YB Ariffin

Perlantikan pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Mutia Sobihah Abd Halim sebagai Pegawai Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri didakwa tiada justifikasi yang jelas. 

Dalam keadaan industri pelancongan yang semakin suram akibat Covid-19, Kerajaan Terengganu melantik seorang pegawai Gred 54 bersama dua ‘pembantu pegawai’ walaupun struktur organisasi Jabatan Pelancongan Negeri sudah lengkap dengan lebih 50 orang pegawai dan kakitangan. 

Menurut sumber, cadangan perlantikan Dr Mutia dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, YB Ustaz Ariffin Deraman kepada Menteri Besar melalui satu surat bertarikh 20 Disember 2020. 

Cadangan itu disokong Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 23 Disember 2020.

Dr Mutia dipinjamkan dari UniSZA ke kerajaan negeri selama dua tahun bermula 1 Mei 2021. 

Kata sumber itu, ‘perkhidmatan’ Dr Mutia tidak melibatkan Jabatan Pelancongan Negeri dan beliau ditempatkan di Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS). 

Jelasnya, wujud ‘conflict of interest’ dalam perlantikan itu kerana Dr Mutia turut menjalankan ‘tugas-tugas’ atas arahan YB Ariffin yang dipercayai tiada kaitan lansung dengan pelancongan negeri.

Post a Comment

0 Comments