Kempen Angkat Bendera Putih Perlu Disambut Baik, Kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Kempen angkat bendera putih yang digerakkan oleh sebahagian rakyat Malaysia sejak beberapa hari lalu perlu disambut baik, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Ahmad Amzad Hashim. 

Kempen itu antara lain bagi memberi sokongan kepada rakyat di negara ini yang terjejas teruk akibat Covid-19 agar tidak berasa malu untuk meminta bantuan keperluan harian daripada masyarakat sekitar. 

Ahmad Amzad yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan perkara itu dalam satu 'WhatsApps Group' kepada para petugas serta Pengerusi-Pengerusi JPKK yang terlibat dalam misi agihan bantuan Covid-19 di parlimen itu, hari ini. 

Katanya, "Pertama, kita maklumkan senarai Pengerusi JPKK supaya kalau ada orang susah, dia boleh bagi tahu. Maklum, supaya kita boleh bagi bantuan. 

Dalam masa yang sama, dekat Selangor ni dia buat kempen macam contohnya angkat bendera putih. Kita sambut baik jer. Yang pentingnya adalah masing-masing ada cara tersendiri untuk maklum. Bukan semua orang berani, tebal muka untuk beri tahu saya susah dan sebagainya. Kalau dia rasa cara macam tu dia boleh sampai maksud dia, bahawa nak beri tahu kepada kita bahawa dia susah dan sebagainya, tak apa. 

JPKK kena pergi tanya, ada masalah apa kita boleh bantu. Kita sambut baik jer belaka. Jangan ada elemen macam kita sindir bendera putih macam mengaku kalah dah. 

Sekarang ni rakyat tengah susah belaka. Kita rai belaka cara macam mana. Jangan sesekali bila rakyat mengadu susah dengan cara mereka kita susah-susahkan. Kita cuba sebaik mungkin untuk bantu. 

Saya tak setuju kalau ada yang buat mesej seolah-olah memperlekehkan ikhtiar orang lain. Semua orang berikhtiar untuk bantu".

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post