Hancur Hati Rakyat, Kerajaan Terengganu Lembab

"Hancur hati rakyat, kecewa sungguh bila ada kerajaan yang lembab macam kerajaan Terengganu," luah seorang usahawan tempatan melalui facebooknya, Kairul Amri Salah Fikri, hari ini. 

Katanya lagi,"Economically, Rakyat terengganu ramai yang terkesan. Kes Terengganu dekat 2 minggu doh 2 digit, tapi kepimpinan kerajaan, exco & Menteri Besar yang ada PHD sikit pun takdok buat tindakan yang cerdik untuk bawak rakyat keluor daripada masaloh ekonomi".

"Dah 26 hari lockdown. Tapi kita macam tak ada idea bagaimana nak uruskan ekonomi, pendidikan dan kesihatan secara serentak. Seolah baru hari ini negara diserang wabak. Seolah kita tak pernah tahu bagaimana nak mengawal kos sara hidup dan kesejahteraan masyarakat".

Kerajaan Malaysia tidak memenangkan rakyat, sikap pasif kerajaan negeri Terengganu makin menambah bisa di dalam luka. Covid tak melemahkan kita, sebaliknya menunjukkan kelemahan di dalam sistem pentadbiran dan kerajaan kita. 

Falsafah ekonomi Keynesian, perbelanjaan kerajaan akan menaikkan permintaan pengguna dan akan menggalakkan rakyat berbelanja. Tetapi hari ini, sudahlah PKS sudah hampir mati, rakyat hanya diberi bantuan bekalan makanan yang hanya beberapa waktu bertahan. 

Cuba MB & Konco konco hidup bertahan dengan bantuan bekalan makanan yang diberi kepada rakyat. Mampukah?

Buka lah balik sektor ekonomi. Bukan suruh buka semua pun. Dengan kes 2 digit, Terengganu sepatutnya sudah duduk di fasa yang ke 3. Negeri Sabah walaupun kes 3 digit, sudah buka perlahan lahan. 

Sepatutnya Kerajaan perlu berbelanja untuk rakyat. Jangan takut dengan defisit fiskal. Tetapi Sama ada Kerajaan negeri kedekut atau tiada duit, kami faham dan tak meminta duit itu dan kami tahu kerajaan tak berani suntik dana dalam pasaran tetapi benarkanlah ekonomi dibuka dengan bersyarat. Biar kami yang jana duit dan pusing duit dalam ekonomi dan isi rumah. 

Dalam banyak banyak negeri, Rakyat Terengganu paling patuh paling disiplin, paling cepat sembuh dari angka Covid. sebulan lepas 28 Mei catat 207 kes tetapi rakyat terengganu selamba turunkan kes kepada hanya 10 kes tempatan di waktu negeri lain berperang menurunkan angka. 

Nampakkah kamu bahawa rakyat Terengganu beri komitmen tinggi turunkan kes sebagaimana mereka pacak bendera bulan kamu tanpa upah?

Tulisan ni bukan nak mencari salah, ini realiti yang berlaku. Saya usahawan, bersuara atas fakta, dan saya berada dalam komuniti usahawan yang sangat besar. Perbincangan dalam group whatsapp dan luahan masing masing tentang prestasi perniagaan sangat legit. 90% jualan jatuh, pekerja yang ramai.  

Sekarang sudah ada gerakan dari usahawan untuk convert business mereka kepada digital, elakkan dari menggaji pekerja (baca: rakyat) kepada mesin kerana terbeban dengan akta buruh. Akhirnya yang rugi tetap rakyat biasa. 

Sudahlah ekonomi negeri terengganu 70% bergantung kepada PKS. Kalau kerajaan gagal bendung & rawat pengurusan pandemik, maka sampai bila bila pun kita takkan maju berkat sejahtera

Last but not least. 

Tapi rakyat dok bodo, rakyat pandai baca, pandai buat analisis jugok. Rakyat menilai. Rakyat pernah menang. Rakyat terengganu bukan #rakyatsampah. Rakyat pegang UNDI.

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post