Facebook Presiden PAS Teruk Dikecam Netizen Selepas 'Sambut Baik' Pelan Muhyiddin

Laman sosial Facebook Presiden PAS, Abdul Hadi Awang teruk 'diserang' netizen selepas Ahli Parlimen Marang itu memuat naik status berkaitan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini. 

Dalam tempoh empat jam selepas memuat naik status itu, facebook Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu menjadi sasaran kemarahan netizen yang rata-rata mencemuh dan menyindir tindakan beliau yang 'sambut baik' pengumuman Perdana Menteri itu. 

Melalui komen yang dipaparkan, rata-rata netizen menyifatkan Abdul Hadi dan partinya kini sudah bertukar wajah menjadi 'tukang ampu' dan 'tukang kipas' kepada Perdana Menteri.


Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post