Kerajaan Terengganu Henti Bantuan Ihya Ramadhan 1,400 Surau

Kerajaan negeri telah menghentikan bantuan kewangan kepada kira-kira 1,400 buah surau di Terengganu untuk program Ihya Ramadhan tahun ini, kata sumber. 

Bantuan kewangan sebanyak RM300 yang diagihkan sebelum ini membolehkan lebih banyak aktiviti seperti khatam al-Quran, tadarus al-Quran, kuliah, tazkirah dan sebagainya dapat dijalankan bagi mengimarahkan surau-surau sepanjang bulan Ramadhan. 

Untuk rekod, Terengganu menjadi negeri pertama merintis pelaksanaan penyelarasan Ihya Ramadhan peringkat negeri sejak tahun 2006.

Sementara itu, bantuan Ihya Ramadhan daripada kerajaan negeri kepada lebih 500 buah masjid yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah dikurangkan daripada RM1,000 kepada RM600.

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post