Caj tempat letak kenderaan di kawasan Majlis Daerah Besut (MDB) naik daripada 30 sen kepada 60 sen sejam iaitu kenaikan sebanyak 100%.
Manakala caj untuk tempoh masa sehari naik daripada 90 sen kepada RM5.00 iaitu kenaikan lebih 400%.
Perubahan caj itu berlaku selepas MDB menyerahkan pengurusan tempat letak kenderaan kepada sebuah syarikat swasta, First City Parking Sdn Bhd.
Penyerahan itu dibuat dalam satu memorandum persefahaman (MOU) antara MDB dan syarikat berkenaan di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur pada 26 April lalu.
Kenaikan itu menimbulkan pelbagai reaksi banyak pihak khususnya nitizen yang menjadikan facebook Majlis Daerah Besut sebagai tempat menyatakan pendapat dan meluah perasaan.
Contohnya, kadar bayaran baru yang dikenakan itu menyamai caj yang ditetapkan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) iaitu 60 sen sejam.
Manakala, caj baru untuk tempoh sebulan iaitu RM100 di MDB lebih mahal daripada kadar bayaran yang dikutip di Majlis Bandaraya Kuantan iaitu RM75 untuk tempoh yang sama.
Post a Comment