PAS mahu tawan tiga lagi kerusi DUN di Parlimen Besut

PAS Terengganu akan menawan semula tiga lagi kerusi DUN di Parlimen Besut pada PRU ke-15, kata Ketua Penerangannya, YB Wan Sukairi Wan Abdullah. 

"PRU 15 ini bukan sahaja dapat mempertahankan Kota Putera, kita juga akan dapat mengambil semula DUN Jertih, kita akan mengambil semula DUN Kuala Besut dan DUN Hulu Besut kerana keempat-empat DUN ini dimulakan sejarahnya dengan kemenangan berpihak kepada PAS pada tahun 1969. 

"Ingat! Kali pertama kita menang 2 tahun 4 bulan (1969), kali kedua kemenangan kita bertahan 4 tahun 5 bulan (1999). Pastikan, usahakan kemenangan ketiga yang dimulakan 2018 akan berterusan sampai bila-bila, InsyaAllah," katanya. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri berkata demikian ketika berucap di program Pelancaran Jentera PRU ke-15 DUN Kota Putera di Dewan Limbongan, Besut pada 25 Mac 2021. 

Pelancaran itu disempurnakan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan, YB Dato' Mohd Nassuruddin Daud. Turut hadir, ADUN Kota Putera, YB Muhd Nurkhuzaini Ab Rahman. 

PRU ke-14 lalu, ketiga-tiga DUN berkenaan dimenangi calon BN iaitu YB Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (Kuala Besut), YB Dato' Muhammad Pehimi Yusof (Jertih) dan YB Nawi Mohamad (Hulu Besut).

Parlimen Besut turut dimenangi calon BN, YB Dato' Seri Idris Jusoh.

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post