Tiada Pemimpin UMNO Turun Padang Bantu Mangsa Banjir, Kata Pegawai Khas MB Terengganu

Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Terengganu, Nazara Muda mengajak para pemimpin UMNO khususnya yang berada di Dungun untuk turun padang bagi membantu mangsa banjir.

Katanya, hanya pemimpin PAS dilihat turun ke kampung-kampung yang dilanda banjir ketika ini.


"Ambe dok nampok (saya tidak nampak) lagi pemimpin-pemimpin UMNO turun ke medan lapangan kampung-kampung yang dilanda banjir terutamanya di kawasan Hulu Dungun.

"Yang ada hampir sepanjang hari pemimpin PAS tempatan DUN Bukit Besi, Hj Ghazali Sulaiman; Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli; Jabatan Amal Dungun dan petugas-petugas parti PAS," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun menerusi facebooknya, Nazara Muda hari ini.

Post a Comment

0 Comments