Kerajaan Terengganu Tarik Balik Perlantikan 40 Guru Dalam Tempoh 2 Hari

Tindakan Kerajaan Terengganu yang membatalkan secara tiba-tiba perlantikan 40 orang guru amat dikesali. 

Pada 5 Januari lalu, kerajaan negeri telah mengeluarkan surat tawaran kepada 40 individu yang akan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara Ad-Hoc. 


Semua guru berkenaan akan ditempatkan di Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI), Madrasah Moden Terengganu dan Maahad Tahfiz al-Quran Terengganu. 

Dalam surat itu, pegawai-pegawai berkenaan diminta melaporkan diri pada 13 Januari 2021 pukul 8.00 pagi di Dewan Kovensyen, Wisma Darul Iman. 


Kegembiraan bakal guru itu hanya bertahan sekejap sahaja apabila kerajaan negeri pada 7 Januari 2021 menarik semua perlantikan tersebut dalam satu surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. 

Sebab penarikan itu tidak dinyatakan. 

Namun, menurut sumber penarikan itu dilakukan atas desakan politik kerana anak-anak dan saudara mara Wakil-Wakil Rakyat tidak tersenarai dalam jawatan itu.

Post a Comment

0 Comments