Picit Kemaluan: 2 Wanita Buat Laporan Polis Terhadap Ahli Majlis Daerah Hulu Terengganu

Sorang lagi wanita bersama adiknya tampil membuat laporan polis yang mendakwa mereka telah dicabul oleh seorang ustaz.

Laporan terhadap Ahli Majlis Daerah Hulu Terengganu itu dibuat di Balai Polis Kuala Berang, hari ini.

Dalam laporan berkenaan, wanita berusia 25 tahun itu mendakwa, perbuatan itu dilakukan ketika mereka menerima 'rawatan' di sebuah kampung di sekitar Kuala Berang. 

"Semasa melakukan rawatan itu, ustaz tersebut telah memegang tangan, payudara dan duduk di atas peha kami sambil memeluk tubuh badan kami serta mencekik leher kami dengan sikunya. 

"Dalam masa yang sama, dia telah menurunkan tangannya ke bahagian kemaluan dan telah memicit kemaluan kami," katanya dalam laporan itu. 

Menurut sumber, ustaz berkenaan merupakan Ahli Jawatakuasa MPKK di sebuah kampung di DUN Kuala Berang.

Post a Comment

0 Comments