Dua Minggu Buat Aduan Hakisan Jalan, Tiada Tindakan

Lebih 100 keluarga yang menghuni Taman Dato' Ibrahim di Kampung Gong Nangka terjejas apabila satu-satunya jalan yang menghubungkan taman perumahan itu dengan jalan utama akhirnya terpaksa ditutup atas faktor keselamatan. 

Kejadiah hakisan di jalan masuk taman itu sejak 19 November lalu telah dilaporkan oleh Pengerusi KRT taman berkenaan kepada Pengerusi MPKK Gong Nangka untuk tindakan segera.


Aduan turut dipanjangkan kepada YB Ahli Parlimen Marang dan YB ADUN Rhu Rendang. 

Namun, tiada tindakan diambil sehingga jalan itu ditutup sepenuhnya hari ini.


Post a Comment

0 Comments