Bersatu Besut Telah Rosak, Pemimpin Lupa Daratan, Dakwa Bekas Calon

Bekas calon Bersatu di DUN Hulu Besut pada PRU ke-14 yang lalu, Ismail Abdul Kadir berkata, kepimpinan Bersatu Bahagian Besut sudah rosak.

Katanya yang juga bekas Pengerusi Penyelaras Bersatu DUN Hulu Besut, parti itu sudah 'hancur' di Besut disebabkan sikap pemimpin yang sudah lupa daratan.

"Kepada rakan-rakan yang ada keinginan untuk menyertai Bersatu, fikir-fikirkan," katanya menerusi facebook beliau, Ismail Abdul Kadir, hari ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1660294460827390&id=100005405561052

Sementara itu, dalam komen pada hantaran itu, Naib Ketua Bersatu Bahagian Besut, Zulkifli Awang Su menyifatkan, Ketua Bersatu Bahagian itu, Husaimi Hussin dan Timbalannya, Wan Mohd Ariff Rashiddin Wan Jusoh sebagai gila kuasa.

"PRU15 nanti, pastikan Bersatu tiada tempat di Terengganu," ujarnya melalui facebook beliau, Zulkifli Awang Su

Semalam di facebook, Zulkifli berkata, kepimpinan Bersatu 'syok sendiri' dengan jawatan di Parlimen Besut dan GLC dan Ismail tegas telah mengumumkan untuk isytihar perang terhadap parti itu.

Sebelum ini, dua calon yang mewakili Bersatu pada PRU ke-14 umum tinggalkan parti itu iaitu Dato' Ir Wan Nazari Wan Jusoh (Parlimen Besut) dan Dr Che Ku Hashim Che Ku Mat (Kuala Besut). 

Post a Comment

0 Comments