Ustaz Afis Kena 'Kuliah' Gara-Gara Sindir Slogan 'Maju Berkat Sejahtera'

Pendakwah, Ustaz Afis Ibrahim dikecam di ruangkan komen facebooknya, Ustaz Afis Ibrahim Original sejak tiga hari lalu selepas memuat naik status yang menyindir slogan pentadbiran kerajaan negeri, 'Maju Berkat Sejahtera'.

Sindiran itu dibuat berikutan rasa kecewa beliau terhadap keputusan kerajaan negeri yang tidak membenarkan program kuliah di masjid dan surau seluruh Terengganu berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

"Kes di Terengganu mencecah 0. Para jemaah hanya mampu memandang meja kuliah dari Maghrib hingga Isyak. Terapi baharu maju berkat sejahtera," katanya.

Akibat status berkenaan, Ustaz Afis menerima pelbagai komen dan kritikan termasuklah daripada nitizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan itu.










Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post