Rasuah Projek: YB Exco, Kontraktor Dilaknat Allah, Tegas Ustaz Afis

Pemberi dan penerima rasuah semuanya ke neraka, tegas pendakwah Ustaz Afis Ibrahim. 

Beliau berkata demikian dalam satu video pendek yang dihasilkan K-Production

Peringatan itu diberikan kepada satu soalan yang diajukan kepada beliau mengenai amalan rasuah yang mungkin melibatkan YB Exco dan kontraktor-kontraktor di Terengganu pada ketika ini.

Dalam video santai bertajuk 'Wakil Rakyat Gila 3' yang disiarkan di facebook K-Production, Ustaz Afis tampil sebagai pelakon bersama beberapa watak yang lain.

"Pemberi dan penerima rasuah semuanya ke neraka. Kedua-duanya dilaknat Allah," tegas Ustaz Afis.

Post a Comment

0 Comments