Projek Longkang Tidak Ikut Spesifikasi, Bahayakan Penduduk

Projek pemasangan longkang konkrit yang tidak mengikut spesifikasi pembinaan di sebatang jalan di Kampung Atas Tol, Marang dikhuatiri mengundang bahaya kepada penduduk kawasan berkenaan.

Prasarana yang dicadangkan oleh MPKK Tanah Lot Atas Tol itu diluluskan oleh Pejabat ADUN Bukit Payong dan Pejabat Daerah untuk pembinaan bagi menyelesaikan masalah perparitan di kawasan tersebut.

Difahamkan, projek itu juga dilaksanakan oleh kontraktor dari kampung berkenaan. 

Hasil penelitian yang dibuat melalui foto dan video yang tular baru-baru ini, jenis dan kaedah kerja pemasangan longkang jenis 'V-Shape Block Drain' itu tiduk mengikut spesifikasi amalan kejuruteraan.

Kedudukan longkang yang sudah siap dipasang itu membahayakan penunggang motosikal dan basikal khususnya kanak-kanak.

Post a Comment

0 Comments