Majlis Syura Tidak Pernah Lulus Penyertaan PAS Dalam Perikatan Nasional

Majlis Syura Ulama PAS tidak pernah memberi kelulusan kepada parti itu untuk menyertai sebagai parti komponen dalam Perikatan Nasional.

Perkara penting itu tidak pernah dibincangkan, kata sumber parti itu.

Majlis Syura Ulama dipimpin oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Hashim Jasin dan Timbalannya, YAB Dato' Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan. 

Antara pemimpin PAS yang menganggotai majlis itu termasuklah YB Dato' Dr Khairudin Aman Razali dan YB Nik Abduh Nik Aziz. 

PAS antara parti penaja yang menyertai gabungan politik baharu, Perikatan Nasional yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 7 Ogos lalu.

Berbeza dengan kerjasama politik antara PAS dan UMNO dalam Muafakat Nasional telah diluluskan Majlis Syura Ulama pada Jun 2019.

Post a Comment

0 Comments