Isu 'Salah Letak' Mesin Parkir, Facebook MB Terengganu 'Diserang' Lagi

Facebook rasmi Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar 'diserang' lagi. 

Nitizen meluahkan rasa kecewa dan marah di ruangan komen apabila facebook 'Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar' pada 15 November lalu berkongsi pautan berita daripada trdi.my yang memberi penjelasan berhubung isu kewujudan meter parkir digital di perkarangan pasar raya Mydin Mall Kuala Terengganu. 

Dalam pautan itu, jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, YB Dr. Alias Razak berhubung perkara itu mengundang pelbagai reaksi.
















Post a Comment

0 Comments