Terengganu Patut Contohi Sabah, Lantik ADUN Dari Perikatan Nasional

Kerajaan Terengganu boleh mengambil pendekatan yang sama seperti Kerajaan Sabah dengan melantik wakil parti di bawah Perikatan Nasional sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketua Penerangan Bersatu Negeri Terengganu, Badrolhisham Shafie berkata, langkah itu boleh memberi gambaran awal kepada kerjasama politik yang lebih kukuh.

Beliau yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kuala Terengganu berkata demikian di facebooknya, Badrol Shafie hari ini.

Perlantikan itu selaras dengan Perkara 27, Fasal 2, Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu yang membolehkan tidak melebihi 4 orang dilantik sebagai ADUN.

Setakat ini, hanya seorang iaitu YB Zuraida Md Noor telah dilantik ke jawatan itu pada September 2018.

Perikatan Nasional di Terengganu terdiri daripada PAS dan Bersatu. 

Post a Comment

0 Comments