GLC: Kerajaan Negeri Perlu Utamakan Anak Terengganu


Kerajaan negeri perlu mengutamakan anak Terengganu dalam perlantikan beberapa jawatan penting dalam sektor kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Ketua Penerangan Bersatu Terengganu, Badrolhisham Shafie berkata, anak Terengganu terbukti mempunyai kualiti tinggi untuk mentadbir.

Beliau menyatakan perkara itu dengan merujuk perlantikan anak Terengganu, Dato' Mahadi Che Ngah sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke-13.

"Elok juga kerajaan negeri utamakan anak negeri mentadbir sektor kerajaan dan GLC. Tak perlulah mengambil pemain-pemain import," katanya yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kuala Terengganu melalui facebooknya, Badrol Shafie.

Sebelum ini, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengakui bahawa kerajaan negeri telah melantik beberapa individu dari kalangan bukan anak Terengganu termasuk warganegara asing ke GLC negeri. 

Post a Comment

0 Comments