Difitnah Positif Covid-19, Naib Ketua Armada Marang Buat Laporan Polis

Naib Ketua Armada Bahagian Marang, Alif Rafiee Abdul Razak hari ini membuat laporan polis setelah dirinya difitnah positif Covid-19.

Dalam laporan itu, Alif Rafiee menyatakan, fitnah itu dilakukan oleh seorang individu yang beliau kenali di Kampung Kelulut, Marang.

Menurutnya, akibat fitnah tersebut kedai makan milik ibunya di kampung tersebut tidak dikunjungi oleh masyarakat sekitar. 

Beliau mengaku turut serta dalam kempen pilihan raya negeri Sabah dan pulang ke Terengganu pada 27 September lalu.

Aliff Rafiee merupakan Pegawai Khas Kepada Pengerusi Ketengah, YB Senator Razali Idris yang juga Pengerusi Bersatu Terengganu.

Post a Comment

0 Comments