Covid-19: Tidak Tahan Dikecam, MB Terengganu Padam Status Facebook

Laman facebook rasmi Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bertindak memadam status berkaitan pendemik Covid-19, hari ini.

Status yang dipadam menyatakan, "Pertambahan 9 kes baru Covid-19 di Terengganu hari ini. Bukan masa untuk menunding jari, tetapi untuk melakukan tindakan sewajarnya".

'Nasihat' itu dibalas dengan kritikan dan kecaman oleh nitizen dengan menyifatkan Naib Presiden PAS itu berkelakuan 'seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul'.

Dr Ahmad Samsuri kini sedang menjalani perintah kuarantin selama 14 hari selepas turut serta dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sabah.

Post a Comment

0 Comments