Covid-19: MB Terengganu Diarah Kuarantin Selepas Sertai Kempen PRN Sabah

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari selepas berlaku kontak dengan dua individu positif Covid-19, lapor Harian Metro hari ini. 

Pada 20 September lalu, Naib Presiden PAS itu turut serta berkempen dalam Pilihan Raya Negeri Sabah di Pantai Manis dan Pantai Dalit. 

Berikutan itu, semua program yang membabitkan Ahmad Samsuri ditangguhkan sehingga beliau selesai menjalani kuarantin wajib.

Post a Comment

0 Comments