Ahli Parlimen Kuala Nerus Tanya, PAS Tanding Berapa Kerusi PRN Sabah? Ini Jawapannya


Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Dr Khairudin Aman Razali mengemukakan soalan kepada umum bahawa parti itu layak bertanding berapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. 

"Anda bersetuju PAS bertanding berapa kerusi di Sabah dan kenapa?" soal Menteri Perusahaan Perladangan dan Komodoti di facebook beliau, Ust Dr Khairuddin at-Takiri hari ini. 

Sumber: https://www.facebook.com/569086473101387/posts/3656667584343245/

Ini mungkin jawapannya.

Pada PRU ke-14, PAS bertanding di 18 kerusi daripada 60 DUN. Setelah perlawanan beberapa penjuru, jumlah undi yang diperolehi PAS adalah seperti berikut: 

1. DUN Tanjong Kapor: PAS dapat 617 undi. Calon menang, WARISAN dapat 9,124 undi. 

2. DUN Pitas: PAS dapat 262 undi. Calon menang, BN dapat 5,606 undi. 

3. DUN Tempasuk: PAS dapat 521 undi. Calon menang, BN dapat 7,742 undi. 

4. DUN Kadamaian: PAS dapat 129 undi. Calon menang, BN dapat 6,861 undi. 

5. DUN Usukan: PAS dapat 355 undi. Calon menang, BN dapat 8,738 undi. 

6. DUN Karambunai: PAS dapat 1,696 undi. Calon menang, WARISAN dapat 14,157 undi. 

7. DUN Tanjung Aru: PAS dapat 1,379 undi. Calon menang, WARISAN dapat 9,794 undi. 

8. DUN Sekong: PAS dapat 366 undi. Calon menang, WARISAN dapat 6,740 undi.

9. DUN Karamunting: PAS dapat 677 undi. Calon menang, WARISAN dapat 7,243 undi. 

10. DUN Kuamut: PAS dapat 330 undi. Calon menang, BN dapat 8,042 undi.

11. DUN Kunat: PAS dapat 492 undi. Calon menang, WARISAN dapat 4,898 undi. 

12. DUN Sulabayan: PAS dapat 139 undi. Calon menang, WARISAN dapat 7,116 undi. 

13. DUN Bugaya: PAS dapat 144 undi. Calon menang, WARISAN dapat 10,662 undi. 

14. DUN Balung: PAS dapat 428 undi. Calon menang, BN dapat 4,887 undi. 

15. DUN Apas: PAS dapat 487 undi. Calon menang, BN dapat 7,243 undi. 

16. DUN Merotai: PAS dapat 1,209 undi. Calon menang, WARISAN dapat 7,707 undi. 

17. DUN Tanjong Batu: PAS dapat 1,506 undi.Calon menang, BN dapat 8,538 undi. 

18. DUN Sebatik: PAS dapat 504 undi. Calon menang, BN dapat 2,468 undi 

PRU ke-14, semua calon PAS di Sabah hilang wang deposit.

Post a Comment

0 Comments