Ustaz Azhar Gagal Perolehi Tauliah Mengajar Di Terengganu


Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan gagal memperolehi tauliah mengajar di seluruh Terengganu.

Menurut sumber Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), proses pentauliah kepada pendakwah berusia 56 tahun itu pernah dibuat pada 2019 namun sehingga kini tiada kelulusan diberikan kepada Ustaz Azhar Idrus daripada pihak kerajaan negeri.

Kata sumber berkenaan, perkara itu dalam makluman Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Kegagalan Ustaz Azhar Idrus memperolehi tauliah mengajar di masjid, surau dan majlis ilmu seluruh negeri memberi implikasi undang-undang menurut Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) Tahun 2001.

Beliau boleh didakwa mengikut Seksyen 103 enakmen tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Post a Comment

0 Comments