Terengganu Gugur Syarat Lulus SPM Lantik Ahli Majlis PBT

Semua ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Terengganu yang dilantik bermula 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2022 diberi pengecualian syarat memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan diiktiraf seperti yang ditetapkan di dalam tatacara dan kriteria bagi pelantikan ke jawatan itu.

Dalam satu surat bertarikh 9 Ogos 2020 daripada Setiausaha Kerajaan Negeri kepada semua tujuh PBT di negeri itu memberitahu, keputusan tersebut dibuat oleh Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Terengganu pada 29 Julai lalu.

Sementara itu, kelayakan tuntutan ahli majlis PBT di negeri itu bagi tujuan perjalanan dan penginapan (hotel) turut dinaikkan kepada setaraf dengan jawatan Pengurusan dan Profesional Gred 54.


Post a Comment

0 Comments