Rasuah Projek Pasir: Nurul Islam Salah Guna Nama ADUN Kemasik

Transkrip jawapan ADUN Kemasik, YB Ir Saiful Azmi Suhaili ketika disoal media semasa ditemui di luar dewan selepas Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri ke-14 di Wisma Darul Iman berhubung isu yang mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM500,000 bagi kelulusan projek pasir di Terengganu.

Media: Apa komen YB yang dikaitkan dengan rasuah?

YB: Saya akan tengok dulu details dia sebab saya pun tak tahu mari mana nama saya keluar kan. Jadi saya akan ambil tindakan sewajarnya, InsyaAllah.

Media: Ambil tindakan macam mana tu YB?

YB: InsyaAllah saya akan ambil tindakan sewajarnya. Semua yang berkenaan.

Media: YB tahu perkara ini bila, ada orang maklumkan atau macam mana?

YB: Daripada Facebook lah. Kita tengok Facebook. Tindakan sewajarnya saya akan ambil atas apa yang dinyatakan dalam Facebook.

Media: YB memang menafikan tidak terlibat langsung dengan tohmahan?

YB: Memang tak. Tak ada tak ada.

Media: Memang fitnah lah ni?

YB: Fitnah. Ya betul. Bagaimana dia kaitkan nama saya pun saya tak tahu. Sebab orang datang macam-macam kat saya kan. Dia pakai petik-petik nama. Kita tak tahu.

Media: Dikatakan Nurul Islam yang jadi orang tengah tu macam mana?

YB: Tu lah saya kata, dia petik-petik nama saya. Dia jumpa saya mungkin. Lepas tu dia petik nama saya.

Media: YB yang screenshot WhatsApp tu?

YB: Yang tu pun saya tak tahu. Tak tahu. Bukan saya.

Media: Apa tujuan dia buat macam tu memfitnah, tohmahan rasuah?

YB: Politik begitulah. Keadaan politik. Ada sokmo yang tidak berpuas hati. Ada sokmo yang cari salah. Dan kita harap InsyaAllah kita akan ambil tindakan sewajarnya.

Media: Tindakan sewajarnya tu macam mana YB?

YB: Sabar sikit. InsyaAllah.

Media: Saman ke, tindakan peguam ke?

YB: InsyaAllah.

Media: Permohonan maaf ke, saman ke?

YB: InsyaAllah tindakan sewajarnya kita akan ambil.

Media: Termasuk saman lah?

YB: InsyaAllah, nanti kita akan nyatakan semula. Kita akan keluarkan tindakan lanjut nanti.

Media: Tindakan lanjut termasuk saman, laporan polis?

YB: Kita akan dapatkan advised daripada lawyer dulu apa yang sepatutnya kita buat.

Media: Dalam masa terdekat kan?

YB: InsyaAllah.

Nurul Islam merujuk kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI), Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Post a Comment

0 Comments