PRU15: Parlimen Hulu Terengganu Kekal Milik Saya, Kata Rosol


Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Dato' Rosol Wahid sekali lagi menegaskan bahawa kerusi itu kekal ditandingi  beliau pada PRU ke-15.

"Saya berani bagi jaminan bahawa P038 (Parlimen Hulu Terengganu) kekal milik saya," katanya yang juga Ketua Bersatu Bahagian Hulu Terengganu.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di program parti itu di Dewan Walit, Kampung Gaung, Kuala Berang, malam tadi.

Rosol memenangi kerusi itu atas tiket Barisan Nasional dan pada 14 Disember 2018, beliau keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu. 


Post a Comment

0 Comments