PRU15: Bersatu Mahu Tanding 8 Kerusi DUN Di Terengganu

Bersatu berhasrat mahu meletakkan calon parti itu sekurang-kurangnya di 8 kerusi DUN di Terengganu pada PRU ke-15, kata Pengerusi Bersatu negeri, YB Senator Dato' Razali Idris.

"Dia (Terengganu) ada 4 DUN dalam setiap Parlimen. Jadi, bagi lah Bersatu (bertanding) 1 DUN (setiap Parlimen). Tak kira lah kerusi siapa (penyandang). 

"Dah jadi Perikatan Nasional kita kena bincang sebagai satu parti yang kuat," katanya kepada media di Majlis Perasmian Persidangan Bahagian Bersatu Negeri Terengganu di Raia Hotel & Covention Centre, Kuala Nerus, 8 Ogos lalu.

Terengganu mempunyai 8 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN.

Pada PRU ke-14 lalu, PAS menang 22 kerusi DUN, BN 10 DUN manakala semua calon Bersatu yang bertanding atas logo PKR hilang wang pertaruhan di negeri itu. 

Sebelum ini, PAS Terengganu mengumumkan untuk mempertahankan semua 22 kerusi DUN yang telah dimenangi parti itu.

Post a Comment

0 Comments