Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, YB Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman didapati telah memberikan jawapan yang mengelirukan berkaitan anak syarikat Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) iaitu Terengganu Metal Ex-Trade Sdn Bhd (TMEx) pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Iman, minggu lalu.
Jawapan itu diberikan ketika menjawab soalan ADUN Tepuh, YB Hishamuddin Abdul Karim yang menyatakan bahawa, modal berbayar syarikat itu ialah RM1 juta dengan pegangan saham milik YPU sebanyak 20% bernilai RM200,000.
Ia turut dilaporkan trdi.my, https://www.trdi.my/ypu-sasar-perniagaan-emas-sebagai-hasil-baharu-terengganu dan Bernama, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1868769.
Namun, hasil semakan awal dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati, modal berbayar TMEx ialah RM900,000 dengan pegangan saham milik YPU sebanyak 11% bernilai RM100,000.
Baki saham 89% syarikat yang didaftarkan pada 24 Jun 2019 itu ialah milik individu, Zainuddin Mohamad yang beralamat di Jalan Temiang, Seberang Pintasan, Dungun.
Pengarah-Pengarah TMEx dianggotai beberapa individu termasuk YB Mohd Nurkhuzaini dan ADUN Manir, YB Hilmi Harun.
‘Padu Jawapan YB Exco!’
Lukman Hakim bin Abu Hassan
Kota Putera, Besut
Post a Comment