MB: Hanya 4 Orang Ahli Majlis PBT Di Terengganu Tiada Sijil SPM

Pengecualian kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya diberikan kepada individu tertentu berdasarkan kes-kes yang dipertimbangkan dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) berkuatkuasa 1 Jun lalu, kata Menteri Besar YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. 

"Semakan mendapati empat individu yang diberikan kelonggaran kelayakan SPM dalam pelantikan sebagai ahli majlis PBT.

“Sebolehnya kita mahu syarat itu dipenuhi tetapi kadang kala dalam komuniti ada individu tertentu yang mempunyai daya kepemimpinan tetapi tiada kelayakan SPM,” katanya dalam laporan portal berita milik kerajaan negeri, trdi.my semalam. 

Ahmad Samsuri berkata, pengecualian kelayakan SPM itu bukan bersifat kekal dan selepas selesai tempoh pelantikan bagi sesi 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2022, kerajaan negeri akan memperketatkan aspek berkenaan agar selari dengan ketetapan pihak kementerian.

Post a Comment

0 Comments