Isu Tanah Pengusaha Nenas: MPKK Dakwa Kenyataan YB Exco Berat Sebelah

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Payoh melalui wakilnya, Edie Ismail tampil memberi penjelasan berhubung isu berkaitan pemilikan tanah yang melibatkan pengusaha nanas MD2 di Bujal, Kijal.

Beliau menyifatkan, kerajaan negeri membuat keputusan yang bersifat kronisme, berat sebelah dan hanya memikirkan seorang individu, bukan penduduk kampung. 

Penjelasan itu dibuat menerusi beberapa komen di facebook Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, hari ini.

Perkara itu menjadi perhatian apabila ia dibangkitkan oleh ADUN Kijal, YB Dato' Seri Ahmad Said dan jawapan daripada kerajaan negeri telah dikemukakan oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, YB Dr Azman Ibrahim di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, semalam. 





Post a Comment

0 Comments