Imbuhan RM500 Ribu Projek Pasir, Nama ADUN Kemasik Disebut

Beberapa 'screenshot' perbualan melalui aplikasi Whatsapp antara Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI), Nurul Islam Mohamed Yusoff dengan seorang individu yang dipercayai seorang kontraktor telah tular di media sosial hari ini. 

Akaun facebook 'Anwar Ibrahim PM Rakyat' turut memuat naik beberapa 'screenshot' tersebut. 

https://www.facebook.com/107948680609036/posts/340169347386967/

Dalam perbualan tersebut, Nurul Islam memperkenalkan diri sebagai wakil bagi pihak ADUN Kemasik, YB Ir Saiful Azmi Suhaili yang meminta imbuhan sebanyak RM500,000 sebagai syarat kelulusan projek pasir di Terengganu. 

Perbualan tersebut bertarikh antara 3 hingga 19 Oktober 2019.

Nurul Islam merupakan calon PAS di Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum ke-14.



Post a Comment

0 Comments