GLC Terengganu, TDM Berhad Dilaporkan Rugi Sejak 2018


Syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad yang dimiliki 60.03% Terengganu Incorporated Sdn Bhd dan 1.36% Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. 

https://www.bursamarketplace.com/mkt/themarket/stock/TDMS/ownership

Semakan mendapati, sejak disenaraikan di papan bursa pada tahun 2008, TDM sebenarnya saban tahun terus mencatatkan keuntungan.

Pada 2018, TDM telah mencatat kerugiannya pertamanya sehingga kini.

2018 - Rugi RM76.4 juta
2019 - Rugi RM79.6 juta
2020 (suku pertama) - Rugi RM8.3 juta


Maka sedikit terkilan kerajaan negeri melalui Terengganu Incorporated dan Tabung Amanah Warisan apabila sudah pasti tidak dapat mengutip dividen setiap tahun sekitar RM5.17 juta dan RM117.4 juta masing-masing dari TDM Berhad seperti tahun-tahun sebelumnya 2017/2016 akibat kerugian ini. 

https://m.malaysiastock.biz/Corporate-Infomation.aspx?securityCode=2054&section=financial

Apa gunanya lantikan berprestij lagi berganda-ganda dengan gaji hampir ratusan ribu jika mereka ini ternyata gagal membawa keuntungan kepada GLC negeri. 

JIKA SYARIKAT ANDA RUGI, APA YANG AKAN ANDA LAKUKAN?

Y.M. Raja Dato' Haji Idris Raja Kamarudin (Pengerusi TDM) telah menjual sahamnya dalam TDM sebanyak 2.26 juta secara AKTIF sejak November 2019 lagi. 

https://www.malaysiastock.biz/Bursa-Announcement.aspx?code=2054&cat=5&page=1

Kerajaan Negeri Terengganu perlu menilai semula lantikan-lantikan Ahli Lembaga Pengarah GLC negeri.

Sumber : https://www.facebook.com/100000193229226/posts/3862503733766029/

Post a Comment

0 Comments