BERSATU Tiada Akar Umbi Tetapi Ada Pemimpin Berpengaruh, Kata Presiden PAS


Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, konflik pengagihan kerusi antara tiga parti iaitu UMNO, PAS dan BERSATU kelak tidak akan timbul jika soal strategi diatur oleh pemimpin, bukannya ahli-ahli biasa parti.

“Kita kena sedar bahawa UMNO mempunyai sokongan akar umbi. BERSATU pula tiada akar umbi tetapi mempunyai pemimpin yang ada pengaruh. PAS? Akar umbi pun ada, pemimpin pun ada.

“Kita gabungkan pemimpin dahulu dengan memperkasakan perpaduan, menentukan hala tuju, buat garis panduan dan 'road map', lepas itu turun ke bawah. Pokoknya kita tidak boleh dengar desas-desus (isu pengagihan kerusi),” katanya dalam wawancara dengan Utusan Malaysia hari ini. 

Ditanya bolehkah piagam Muafakat Nasional (MN) yang bakal ditandatangani oleh UMNO, PAS dan BERSATU termasuk beberapa parti lain yang bakal menyusul, dipercayai serta tidak dilanggar, Abdul Hadi berkata, MN bergantung atas piagam, bukan atas faktor siapa akan jadi Perdana Menteri.

“Soal siapa akan jadi Perdana Menteri, itu soal sampingan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Post a Comment

0 Comments