6 Cawangan, Sayap Srikandi, Armada Bersatu Kuala Nerus Dibubarkan

6 daripada 12 cawangan Bersatu di Bahagian Kuala Nerus yang didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada akhir 2019 telah dibubarkan, kata sumber. 

Cawangan itu ialah Bukit Tumbuh, Bukit Tunggal, Gong Datuk, Kampung Baru Seberang Takir, Banggol Peradong dan Batu Enam. 

6 cawangan lagi yang masih aktif kesemuanya dari DUN Tepoh iaitu Felda Belara, Lerek, Padang Nenas, Gong Badak, Tepoh dan Bukit Guntung. 

Menurut sumber itu, semua cawangan berkenaan terbubar kerana gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan cawangan pada awal tahun lalu. 

Turut dibubarkan ialah sayap Srikandi dan Armada bahagian itu kerana tidak dapat menjalankan mesyuarat serta mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa pada 15 Februari lalu. 

Bersatu Bahagian Kuala Nerus mempunyai ahli berdaftar seramai 248 orang.

Post a Comment

0 Comments