3 AJK Bersatu Hulu Terengganu Tiada Nombor Ahli

Semalam, calon Bersatu bagi DUN Ajil pada PRU ke-14, Zamani Mamat Zamani mempersoalkan tindakan Bersatu Bahagian Hulu Terengganu yang menyenaraikan namanya sebagai AJK tanpa pengetahuan dan persetujuan beliau.

Berita penuh: https://www.terengganureport.com/2020/08/2-cawangan-bersatu-hulu-terengganu.html?m=1

Zamani turut memuat naik di facebooknya senarai AJK Bersatu Bahagian Hulu Terengganu yang memaparkan nama beliau.


Hari ini, tersebar di WhatApps Group senarai baharu AJK Bersatu Bahagian Hulu Terengganu yang tiada nama Zamani.

Berdasarkan senarai tersebut, tiga AJK yang dilantik tiada nombor keahlian iaitu Setiausaha, Bendahari dan seorang AJK.

Post a Comment

0 Comments