2 Cawangan Bersatu Hulu Terengganu Dibubarkan

Calon Bersatu bagi DUN Ajil pada PRU ke-14, Zamani Mamat mengumumkan keluar parti. 

Serentak dengan itu, beliau yang juga Ketua Bersatu Cawangan Bukit Apit berkata, ahli parti bersetuju agar cawangan itu dibubarkan. 

"Sebulat suara ahli cawangan membubarkan Bersatu Cawangan Bukit Apit berkuatkuasa serta merta," katanya menerusi satu hantaran di facebooknya, Zamani Mamat semalam.

Zamani turut mempersoalkan tindakan Bersatu Bahagian Hulu Terengganu yang menyenaraikan namanya sebagai Ahli Jawatakuasa Bahagian tanpa pengetahuan dan persetujuan beliau.

"Kenapa nama saya ada dalam Ahli Jawatakuasa Bersatu Hulu Terengganu? Saya tidak pernah dimaklum dan mempersetujui perlantikan," soalnya.

Sementara itu, Ketua Bersatu Cawangan Payang Kayu, Zawawi Yacob dilaporkan turut membubarkan cawangan berkenaan. 

"Ahli-ahli membubarkan cawangan serta merta bermula hari ini, Jumaat yang barakah sempena Maal Hijrah," kata facebook Dhamhuri Dham.

Bersatu Bahagian Hulu Terengganu yang diketuai oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato' Rosol Wahid mempunyai 13 buah cawangan serta kira-kira 480 ahli berdaftar. 

Bagaimanapun, 2 cawangan iaitu Kuala Dura dan Tok Randok tidak layak mengadakan mesyuarat pemilihan Februari lalu berikutan tidak cukup korum keahlian.

Post a Comment

0 Comments