PRU15: PAS Akan Pertahan 6 Kerusi Parlimen Di Terengganu


PAS akan mempertahankan 6 kerusi parlimen yang dimenangi parti itu di Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, kata Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Saya dilantik oleh pimpinan PAS Pusat sebagai ketua perunding (agihan) kerusi, untuk berunding bersama rakan-rakan daripada UMNO dan BERSATU.

“Saya memberikan komitmen di dalam konteks Terengganu kita ini, 6 kerusi parlimen itu akan kita kekalkan dan pertahankan dengan sesungguh-sungguhnya,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu.

Menteri Besar Terengganu itu menegaskan perkara berkenaan semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Dungun Kali Ke 61 di SRI Darul Bayan Paka, Dungun hari ini.

6 kerusi parlimen yang dimenangi PAS pada PRU ke-14 lalu ialah Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Post a Comment

0 Comments