Permohonan Mesyuarat Semula 9 Cawangan Bersatu Bahagian Dungun Ditolak


Permohonan calon Ketua Bersatu Bahagian Dungun, Dato' Rosli Mat Hassan agar 9 cawangan Bersatu bermesyuarat semula bagi memilih Ahli Jawatakuasa Bersatu Bahagian ditolak oleh Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Pusat.

Dalam satu surat bertarikh 7 Julai 2020, Setiausahanya, Dato' Zulkifli Mohd Alwi berkata, pihaknya telah meneliti bantahan yang dikemukakan Rosli pada 17 Mac 2020.

"Jawatankuasa yang bersidang pada 7 Julai 2020 memutuskan untuk  menolak bantahan Dato' Rosli Mat Hassan.

"Oleh itu, 9 cawangan terbabit bolehlah mengadakan persidangan semula dan hanya memilih Jawatankuasa Cawangan sahaja," jelasnya.

Cawangan-Cawangan Bersatu Bahagian Dungun yang bersidang serentak pada 14 Mac 2020 telah memilih Dato' Abdul Aziz Ismail sebagai Ketua Bersatu Bahagian menewaskan Dato' Rosli Mat Hassan dan Mohd Zaid Sulaiman.

Menurut sumber, bantahan yang dikemukakan oleh Rosli berikutan persidangan 9 cawangan tersebut tidak cukup korum.

Kata sumber itu, oleh kerana persidangan 9 cawangan itu tidak sah, maka keputusan pemilihan jawatankuasa di 9 cawangan itu juga tidak sah.

"Perwakilan daripada 9 cawangan yang bersidang secara tidak sah itu juga telah mengundi dan memilih Ahli Jawatankuasa di peringkat Bahagian pada 14 Mac lalu.

"Jika Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Pusat telah sahkan bahawa persidangan 9 cawangan itu tidah sah dan perlu diadakan semula. Sepatutnya cawangan yang akan bermesyuarat secara sah kelak itu wajib diberi hak untuk memilih semula Ahli Jawatakuasa Bersatu diperingkat Bahagian, termasuk juga sayap parti, Srikandi dan Armada," ujar kenyataan itu.

Post a Comment

0 Comments