Penghulu Ditukar Kerana Masuk Kampung Tanpa Pengetahuan MPKK


Penghulu Mukim Jabi menerima notis pertukaran serta merta daripada kerajaan negeri kerana alasan yang sangat pelik.

Difahamkan, pertukaran itu dibuat kerana penghulu berkenaan masuk ke sebuah kampung tanpa pengetahuan pihak MPKK.

Dalam satu notis, arahan pertukaran dari Pejabat Daerah Besut ke Pejabat Daerah Kuala Nerus berkuatkuasa esok, 5 Julai 2020.


Menurut sumber, penghulu berkenaan diberi amaran oleh ADUN Jabi, YB Dr Azman Ibrahim kerana memasuki Kampung Tok Dor tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada MPKK kampung terbabit.

Selain itu kata sumber berkenaan, Penghulu itu juga tidak disenangi oleh MPKK Kuala Kubang kerana beberapa isu pentadbiran yang melibatkan prosedur perkhidmatan kerajaan negeri.

Post a Comment

0 Comments