Pelarian: Ketua Amanah Marang Gesa Mat Sabu Mohon Maaf


Ketua Amanah Kawasan Marang, Miqdad Zakaria menggesa Presiden parti itu, YB Mohamad Sabu memohon maaf di atas kenyataannya bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah pelarian. 

Melalui facebook Miqdad Zakaria, beliau berharap Ahli Parlimen Kota Raja itu menarik balik huraian tersebut yang disifatkannya sebagai 'terkhilaf'.

"Harap Abg Mat (Mohamad Sabu) tarik balik huraian tersebut," tegas beliau.

Sebelum itu, Mohamad mengingatkan bahawa tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian, termasuk Nabi Muhammad SAW. 

“Jangan kita lupa sejarah. Jangan kita anggap kita lupa Islam itu ditegakkan oleh para pelarian, khasnya Nabi Muhammad yang menjadi pelarian atau berhijrah dari Mekah ke Madinah,” katanya di Dewan Rakyat.

Post a Comment

0 Comments