Ketua Armada Lapor Polis, Ditumbuk Ahli Majlis Perbandaran Dungun


Ketua Armada Bahagian Dungun, Hairil Mokhrim Hashim hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya ditumbuk oleh seorang lelaki yang dia kenali sebagai Norulalzahar Ali.

Merujuk laporan yang dibuat pada pukul 8.37 malam tadi, kejadian berlaku di Padang Bola Awam Kampung Telaga Mas, Paka kira-kira pukul 6.30 petang.


Dalam laporan itu Hairil Mokhrim berkata, dia telah ditumbuk sebanyak dua kali di bahagian muka.

Menurut sumber, Norulalzahar Ali adalah Ahli Majlis Perbandaran Dungun dan pernah menjadi Setiausaha PAS Kawasan Dungun.

Post a Comment

0 Comments