Jijik! Kondom Bersepah Sekitar Terengganu Drawbridge


Jijik dan memalukan!

Sejak semalam, tersebar foto-foto yang memaparkan sisa kondom dan kotak-kotak kondom bersepah di sekitar tapak projek pembinaan Menara MBKT serta berhampiran 'Terengganu Drawbridge'.


Foto-foto itu dimuat naik di beberapa akaun facebook seperti Maafsebut dan Penjejak Azmie.

Sebahagian besar nitizen yang memberi komen terhadap foto-foto tersebut meluahkan rasa kesal dan marah dengan perbuatan itu.

Mereka mendesak pihak berkuasa mengambil langkah sewajarnya bagi membendung perkara itu.

Post a Comment

0 Comments