Gara-Gara 'Super Ring', Ketua Amanah Marang Cadang Mat Sabu Letak Jawatan


Ketua Amanah Kawasan Marang, Ustaz Miqdad Zakaria sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan Presiden parti itu, YB Mohamad Sabu meletak jawatan. 

Dalam satu catatat di facebook Miqdad Zakaria hari ini beliau berkata, Amanah perlu dikemudi oleh pemimpin muda yang lebih bertenaga bagi berdepan gelora politik masa kini. 

Berikut catatat penuh Miqdad Zakaria. 

"Entahlah.. 

Dua makhluk ini (Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng) pernah jadi menteri di sebuah negara yang namanya Malaysia. Semua negara kenal dua makhluk ini. Tapi kelakuan tak ubah macam macai tahap bawahan. Sangat memalukan. 

Semalam kawan-kawan ada tanya. Kenapa tak buat posting gambar sendiri tengah makan Super-Ring. Ana jawab "tak tergamak. " tup tup.. Keluar video ni. 

Adehh! 

Bagi pendapat ana secara peribadi. Dah sampai masanya Abg Mat Sabu mengundur diri dari jawatan No 1 Amanah.

Bagilah laluan kepada yang lebih muda dan bertenaga untuk berdepan dengan gelora politik hari ini. 

Bukan ingin mengecil atau memperlekeh kebolehan Abg Mat Sabu. Tapi, demi melihat Amanah lebih segar dan sehat di dalam arena politik tanah air. 

Sumber:

https://www.facebook.com/100005024160282/posts/1617403518437105/

Post a Comment

0 Comments