3 ADUN Terengganu Akan Keluar Parti, Tanding PRU 15 Atas Tiket BERSATU


Tiga ADUN di Terengganu dipercayai akan keluar parti dan menyertai BERSATU dalam masa terdekat.

Menurut sumber, dua ADUN UMNO dan satu ADUN PAS itu akan bertanding atas tiket Bersatu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang dijangka pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Semalam, dua daripada tiga ADUN berkenaan telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung BERSATU, YB Dato’ Seri Hamzah Zainuddin yang juga Menteri Dalam Negeri di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu YB Dato’ Rosol Wahid, Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Sayed Amir Muzakkir Sayed Mohammad dan seorang bekas pemimpin kanan UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Difahamkan, pertemuan itu bagi membincangkan langkah politik yang sedang digerakkan oleh BERSATU khususnya di Terengganu bagi menghadapi PRU ke-15.

Post a Comment

0 Comments