Tanam Buluh, Kerajaan Terengganu Sudah Buat U-Turn?


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, satu model ladang buluh akan diwujudkan di Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Menurutnya, projek kerjasama antara kerajaan negeri Terengganu dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) itu akan dibangunkan di atas tanah seluas 15 hektar.

“Lima spesies buluh akan ditanam iaitu buluh semantan, buluh betong, buluh beting, buluh beti dan buluh hitam,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menerusi laporan Bernama, semalam.


Tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri, YB Dr Azman Azman Ibrahim berkata, Kerajaan Terengganu tiada perancangan untuk menjadikan buluh sebagai tanaman komersil.

Perkara itu dinyatakan beliau menerusi facebooknya, Dr Azman Ibrahim pada 4 Mac 2019.

Adakah kerajaan negeri sudah buat pusingan-U?

Post a Comment

0 Comments